Shiro Terkejut Dituduh Ambil Dadah

Tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja pelawak terkenal yang lahir daripada program realiti ‘Maharaja Lawak’, kumpulan Shiro dikatakan mengambil bahan terlarang iaitu dadah

Salah seorang ahli kumpulan Shiro iaitu Shahrol memberitahu ini merupakan kali pertama dia mendengar khabar angin yang mengaitkan mereka dengan dadah dan menafikan tuduhan tersebut sekeras-kerasnya.

“Ambil bahan terlarang? Ish biar betul! Ini baru pertama kali saya dengar cerita yang kaitkan kami dengan benda-benda macam ni.

“Kepada siapa yang mengatakan saya mengambil bahan terlarang itu semua fitnah dan tidak betul… Jika ada pihak yang ingin saya buat ‘urine test’, saya tiada masalah kerana saya tahu saya tak buat benda-benda macam tu.

“Yang penting, kami kumpulan Shiro bersih! Tidak ada langsung terfikir nak ambil ganja, dadah atau apa saja jenis bahan terlarang sekalipun!” katanya tegas.

Di samping itu, Ajak juga menyatakan dia tidak tahu bagaimana khabar angin itu tersebar dan menganggap tuduhan itu hanyalah untuk menjatuhkan mereka semata-mata.

“Secara logik, tiada guna kami nak ambil sesuatu yang tidak berfaedah dan boleh memudaratkan kerjaya kami.

“Saya juga tak tahu bagaimana khabar angin ini tumbul dan tersebar… Saya juga tak faham kenapa ada pihak yang membuat tuduhan ini kepada kami.

“Saya harap selepas ini tiada lagi dakwaan atau khabar angin seperti ini terhadap kami.” ujarnya. ~ Astro Gempak

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top