BMW X6 merupakan hadiah paling 'cool' apabila mendapat keputusan cemerlang 8A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beruntung sungguh Ammar Effendy kerana usaha kerasnya mengulang kaji pelajaran hingga memperoleh keputusan cemerlang membolehkan dia memiliki kereta sport yang menjadi idaman ramai lelaki.

Ibunya, pelakon jelita, Rozita Che Wan, nampaknya tidak sabar-sabar lagi mahu melunaskan hajat anak lelaki kesayangannya itu.
Ammar Effendy

Bercakap kepada media, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata, anaknya itu perlu menunggu dia dan suaminya, Zain Saidin menguruskan pembelian kereta baru untuk keluarga itu.

Che Ta dan suami merancang membeli kereta baru yang lebih besar memandangkan dia kini sedang hamil dan ahli keluarga akan bertambah. ~ Sinar HArian

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top