Elfira Loy Belanja RM20,000 Borong Kain, Produk Kecantikan Di India

Pelakon Elfira Loy berbelanja sehingga mencecah kira-kira  RM20,000 untuk membeli pelbagai fabrik mewah dan produk kecantikan ketika melancong ke Kochi, India baru-baru ini.

Menurut pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini, dia sanggup berbelanja ribuan ringgit bagi membeli sesuatu produk bersesuaian dengan cita rasa dan penampilannya.


"Setiap kali pergi melancong, saya pasti akan membeli kain dan barang kecantikan diri. Itu perkara wajib yang akan saya bawa pulang.

"Jadi apabila berpeluang ke India, pastinya kain sari adalah sasaran saya. Malah saya turut membeli sepasang busana yang dikenali sebagai 'lehenga' berharga kira-kira RM4,000," katanya.

Jelas Elfira lagi perbelanjaannya itu sangat berbaloi kerana dia mahu mendapatkan fabrik dari kualiti yang sama dalam pasaran tempatan.

"Kalau di Malaysia harga sepasang 'lehenga' kira-kira RM7,000. Jadi saya jimat banyak apabila berbelanja di India. Malah kualiti dan hasil kerja tangannya juga sangat cantik dan kemas," ujarnya lagi.

Selain Elfira, dua adiknya yang juga pelakon yang juga pelakon, Ezlisa Loy dan Ezzrin Loy serta ibu mereka, Filzah Yusoff yang bertindak sebagai pengurus turut sama dalam lawatan mereka ke Kochi, India. ~ aSTRO

1 ulasan:

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top