Sinopsis Antara Satu

Kisah dalam filem Antara Satu berkisar tiga watak utama iaitu Remy yang memegang watak sebagai Kamal, Bront (Harris) dan Ezzaty (Alya). Kamal amat menyayangi Alya yang dipelihara keluarganya sejak kecil.

Namun, Alya tidak tahu dia hanyalah anak angkat dan dalam diam sebenarnya Kamal menyimpan rasa cintanya terhadap Alya. Namun, perasaan itu terpaksa dipendamkan apabila mendapat tahu Alya jatuh cinta terhadap kawan baiknya, Harris, seorang jurulatih selam di tempat Alya menjalani latihan praktikal.

Alya kemudiannya berkahwin dengan Harris dan berbulan madu di sebuah pulau. Di pulau itu, Harris berjanji sesuatu kepada Alya dan pergi menyelam di tengah laut, tetapi malangnya, Harris tidak pulang. Beberapa bulan kemudian, Harris ditemui di selatan Thailand.


Adakah Alya akan kembali bersama Harris atau meneruskan sisa hidupnya bersama Kamal? Adakah Harris masih mengingati dan mencintai isterinya, Alya?

Sanggupkah Kamal berkorban sekali lagi demi cinta hati yang paling disayanginya sejak dari kecil?

Sama-sama nantikan ia di pawagam apabila ia ditayangkan pada musim 2015 kelak.

Filem Antara Satu

Genre: Drama Romantik

Pengarah: Jason Chong

Skrip: Shahazril Hamzah/Azlina Pa'wan

Penerbit: Zuhairi Zakaria

Label: Grand Brilliance dan Maxiworks Production

Pelakon: Ezzaty Abdullah, Remy Ishak, Bront Palarae, Kartina Aziz, Aisyah Hasnaa, Kartina Aziz, Hasnol Rahmat dan Megan Tan.

Lokasi: Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan Kuala Lumpur

Tayangan : 2015


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top