Nampak Ashraf tersenyum gembira ditemani kedua-dua isterinya iaitu Dayana dan Wan Sakinah yang berada disisi. Jelas terpancar sinar kebahagiaan dalam hidup mereka.

Ashraf Muslim - Wan Sakinah - Dayana


Menerusi gambar yang dimuat naik, Ashraf juga memanjatkan rasa syukur ke hadrat ilahi kerana dikurniakan bayi yang sihat dan juga berterima kasih terhadap kedua-dua isterinya.



Antara coretan Ashraf ialah:

“Terima kasih Sakinah, terima kasih Dayana dan yang paling penting terima kasih Allah kerana mendengar doa-doaku selama ini... Ya Allah! Aku dapat rasakan cintamu terhadapku dan isteri-isteri dan juga anakku...”

Gambar baby Ashraf Muslim - Wan Sakinah

Selain itu, Ashraf juga menyifatkan kelahiran anak tersayang melengkapkan hubungan mereka sekeluarga serta merapatkan lagi silaturrahim antara mereka.

Ashraf juga berharap peminat dapat mendoakan keejahteraan anak mereka.

Isteri kedua Ashraf Muslim iaitu Wan Sakinah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.51 kilogram secara normal pada jam 11.50 pada Ahad di Tropicana Medical Centre.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top