Sinopsis Oculus

Oculus memaparkan kisah malang menimpa keluarga Russell yang berpindah ke rumah baru di kawasan ping­gir bandar.

Tidak lama kemudian, satu kuasa jahat dibebaskan daripada sebuah cermin antik dalam rumah itu menyebab­kan hubungan keluarga Russell mula retak.

Kejahatan mula menguasai pasangan suami isteri Russell dan mereka membiarkan anak, Kaylie serta Tim bersendirian untuk berdepan dengan masalah itu.

Pada satu malam, Tim menembak bapanya selepas menyaksikan lelaki itu membunuh isterinya.

Berikutan itu, Tim dihantar ke hospital mental kerana mendakwa kejadian itu disebabkan pengaruh kuasa jahat daripada sebuah cermin antik.

Selepas 10 tahun, Tim dibenarkan pulang ke rumah dan ingin memulakan kehidupan baru, namun kakaknya, Kaylie masih mempercayai cermin itu dirasuk hantu.

Wanita itu nekad membuktikan cermin itu bertang­gungjawab terhadap kematian ibu bapa mereka selepas mendapat tahu tragedi yang menimpa beberapa pemilik perabot itu sebelum ini.

Pemilik cermin itu dirasuk sehingga menjadi gila dan mereka mati dalam keadaan ngeri seperti direnjat elektrik, mati kehausan, memukul diri sendiri de­ngan penukul, digantung dan terbakar.

 Barisan pelakon: Katee Sackhoff, Karen Gillan, Brenton Thwaites dan Rory Cochrane



Oculus Official Movie Trailer

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top