Jump-Suit Merah Rebecca Nur Al-Islam dikritik peminat

Selepas ‘Jump-Suit’ Neelofa menjadi kontroversi dan bahan kritikan pada sebuah majlis anugerah tidak lama dulu, yang terbaru Astro Gempak telah menerima kiriman e-mel daripada pembaca yang tidak puas hati dengan persalinan yang dikenakan oleh pelakon Rebecca Nur Al-Islam.

Menurut pembaca tersebut, gambar Rebecca dalam persalinan serba merah itu di ambil daripada akaun peribadi pelakon tersebut.

Kata pembaca itu lagi, pakaian yang dikenakan Rebecca adalah sangat tidak sesuai kerana menampakkan susuk tubuhnya dengan jelas.

Lebih menyedihkan menurut pengirim gambar itu lagi, ramai yang mengecam Rebecca, gara-gara pakaiannya yang terlalu menjolok mata sehigga menggelarkannya sebagai ‘Teletubbies Masuk Islam’.

Jump-Suit Merah Rebecca Nur Al-Islam

Memang berat tuduhan tersebut, tetapi bagi Astro Gempak pula sebagai selebriti yang sering menjadi perhatian, Rebecca seharusnya lebih sensitif dengan penampilannya.

Bagaimanapun, pengirim emel tersebut tidak pula menyatakan lokasi atau majlis apa yang dihadiri Rebecca itu.

Astro Gempak juga telah cuba untuk mengakses sendiri laman instagram Rebecca tetapi tidak berjaya kerana ia telah disetkan 'private' - Astro Gempak

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top