Sinopsis Brick Mansions lakonan Paul Walker

 Brick Mansions dihasilkan semula daripada filem Perancis berjudul District 13 terbitan tahun 2004, Brick Mansions berkisar mengenai dunia masa depan yang mana kejiranan teruk dipagar. Antara tempat paling teruk ialah Brick Mansions, dikuasai oleh penjenayah dadah kejam. Seorang pemuda punk berhasrat menewaskan penjahat berkenaan.


Apabila samseng itu bertindak balas dengan menculik kakak pemuda itu, percubaan untuk menyelamatkan wanita terbabit digagalkan oleh sikap talam muka seseorang, menyebabkan pemuda itu ditahan, manakala si kakak pula masih dalam tangan penjenayah. Selepas enam bulan, seorang polis samaran bernama Damien diberikan tugas berat, mencari bom neutron yang dicuri penjenayah terbabit sebelum ia meletup dalam masa 24 jam.

Judul: Brick Mansions

Pengarah: Camille Delamarre

Pelakon: Paul Walker, Robert Maillet, RZA, David Belle

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top