Sakinah, isteri kedua Ashraf Muslim, selamat lahirkan bayi perempuan

Isteri kedua Ashraf Muslim iaitu Wan Sakinah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 11.50 malam di hospital Tropicana Medical Centre.


Wan Sakinah menerusi laman Instagram miliknya, dia memberitahu anak sulungnya itu lahir dengan selamat dan sihat seberat 2.51 kilogram secara normal.

Di samping itu, Wan Sakinah turut melahirkan rasa gembira dan syukur apabila anaknya itu selamat lahir ke dunia dan  seolah-olah memberitahu anaknya itu bukan sahaja ada seorang ibu tetapi dua iaitu dia dan Dayana yang merupakan isteri pertama Ashraf.

Bayi tersebut merupakan zuriat pertama pelakon Ashraf Muslim.

Tahniah Sakinah dan Ashraf!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top