Final Idola Kecil 2 mendapat rating mencecah 2.3 juta penonton pada tahun lalu manakala Upin & Ipin yang disiarkan setiap hari mencecah 1.5 juta penonton.
Ketua Kumpulan Pengurusan Jenama TV9, Feisal Abd Malik berkata, Idola Kecil yang mencungkil bakat di kalangan kanak-kanak sudah sudah masuk musim ketiga dan final Idola Kecil 3 bakal berlangsung pada 25 Disember ini di satu lokasi yang akan diumumkan nanti.
"Rancangan ini mendapat sambutan ramai di kalangan penonton TV9 kerana ia ada kelainan manakala siri Upin dan Ipin yang disiarkan setiap hari di TV9 pula pernah mencecah rating paling tinggi (mingguan) sehingga 1.5 juta penonton tahun lalu.
0 ulasan:
Catat Ulasan