"Kita perlu mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan," kata Presiden itu dalam satu laporan agensi berita Xinhua yang memetik Jakarta Globe.
Keputusan drastik menghentikan penghantaran pembantu rumah ke negara luar itu dibuat berikutan kes seorang pembantu rumahnya, Ruyati binti Sapubi yang dijatuhi hukuman pancung di Arab Saudi minggu lalu sehingga mencetuskan kemarahan di republik ini.
Bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, Susilo turut meminta menteri-menteri memastikan Rancangan Utama Merancakkan dan Mengembangkan Pembangunan Ekonomi Indonesia (MP3EI) melibatkan peningkatan jumlah pekerjaan.
"Pembangunan infrastruktur adalah sejajar dengan peningkatan sumber manusia,'' katanya.
Menteri Ekonomi, Hatta Rajasa berkata, syarikat milik kerajaan mampu mewujudkan kira-kira 6.6 juta pekerjaan bermula 2011 hingga 2014.
"Melalui MP3EI, kami berharap lebih banyak pekerjaan diwujudkan. Seperti yang diketahui, kita telah menggaji 3.3 juta lebih pekerja pada 2010.
"Justeru, kami menjangka jumlah lebih besar sejajar dengan perkembangan ekonomi, pelaburan baru, pembangunan industri, pertanian dan perlombongan," katanya. - Bernama
0 ulasan:
Catat Ulasan