RM300,000 milik siapa?

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar UNIT FOTO UTUSAN MALAYSIA


hi 01.1



SELAMA 12 minggu bersiaran, program realiti paling popular terbitan Astro Warna, Maharaja Lawak (ML) sudah tiba ke penghujungnya.

Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi, ML merupakan program realiti yang cukup diminati dan digilai oleh masyarakat ketika ini sehingga ia mampu menjadi satu fenomena baru.

Populariti ML memang melangkaui segala-galanya. Sebagai penyiar rasmi, Astro sendiri tidak pernah menyangka sambutan di luar dugaan yang diberikan terhadap ML.

Belum pernah berlaku dalam sejarah untuk mana-mana rancangan realiti di negara ini yang melanjutkan tempoh siarannya sehingga ke minggu ke-12.

Gelanggang akhir ML akan berlangsung malam ini di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor dan bakal menyaksikan persaingan sengit empat finalis.

Keempat-empat finalis merupakan calon kegemaran yang memang sudah diduga akan melangkah kemas ke peringkat akhir.

Mereka yang dimaksudkan ialah kumpulan Sepah, Jambu, Jozan dan satu-satunya peserta solo, Nabil di mana masing-masing akan berentap untuk merebut gelaran ML sekali gus membawa pulang hadiah lumayan bernilai RM300,000.

Bagi naib juara pula, pemenang akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000 manakala tempat ketiga pula RM100,000.

Di sebalik populariti masing-masing yang turut menyumbang ke arah undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), persembahan mereka setiap minggu juga sebenarnya membuktikan bahawa keempat-empat finalis ini mempunyai kualiti serta kelas tersendiri.

Untuk menghangatkan lagi kemeriahan ML, Hits mahu membawa pembaca melihat empat finalis yang berpotensi untuk dijulang sebagai juara sulung ML.

Sayugia diingatkan, ini hanyalah sekadar ramalan semata-mata dan tidak mempengaruhi mana-mana pihak dalam menentukan pemenang ML yang dinilai berdasarkan 50 peratus undian SMS dan selebihnya daripada pihak juri.

Apakah dengan dua tema yang ditetapkan iaitu bebas dan komedi muzikal akan membawa tuah kepada empat finalis ini? Semuanya akan terjawab malam ini.






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top