Sharnaaz pilih kick boxing

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL dan
NURUL AKMA SAMSUDIN (Pelatih Unimas)


hi 01.1

KEPENATAN Sharnaaz Ahmad jelas terpancar di wajahnya.



Justeru, bagi pelakon baru yang sedang mencipta populariti, Sharnaaz Ahmad, 26, dia mencari inisiatif lain agar penampilannya tampak lebih menarik dengan menyertai kelas latihan kick boxing.

Bagi pelakon yang mula mencipta nama melalui drama bersiri Dottie itu, keterampilan adalah perkara penting yang diutamakannya kerana ia adalah bonus kepada mereka yang mengamalkannya.

Anak mami kelahiran Georgetown, Pulau Pinang itu menjelaskan, dalam apa jua bidang sekalipun, point bonus itu sangat penting terhadap usaha seseorang untuk merebut tempat dalam dunia yang penuh persaingan.

“Disebabkan itu, saya cuba mendapatkan bentuk badan yang menarik agar mampu bersaing dengan pelakon lelaki lain.

“Selalunya saya datang ke sini pada waktu pagi kerana ketika itu tempat ini tidak sesak dengan pelanggan lain.

“Jadi saya lebih selesa menggunakan kelengkapan di sini,” ujar Sharnaaz yang turut bermain ‘besi’ di pusat gimnasium tersebut.

Sharnaaz memilih kick boxing yang dilihat agak agresif dan banyak memerah keringat jantannya itu, Sharnaaz menjawab, aktiviti itu mampu membakar kalori dengan lebih berkesan berbanding melakukan larian ataupun berbasikal.

Tambah hero filem Seru itu, dengan cara itulah dia mendapatkan berat badan yang ideal di samping mengekalkannya tanpa perlu membuat senaman lain.

Menjengah ke diari seninya, Sharnaaz yang kian popular melalui drama Kum Kum The Series yang bersiaran di Astro Ria akan muncul pula dengan drama bersiri terbaru Kasih Alia yang akan disiarkan di TV3 sempena bulan Ramadan.






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top