zira

Pelawak Ahmad Nabil Ahmad, 28, (Nabil) menyifatkan cerita terbaru yang mendakwa kononnya dia sudah merisik seorang pramugari bernama Zira untuk dijadikan isteri sebagai gosip semata-mata.

Kata finalis program Maharaja Lawak (ML) itu, sekiranya sesuatu cerita itu bukan datang daripada mulutnya sendiri, maka ia bukanlah suatu perkara yang sahih.

“Saya ingin jelaskan sememangnya tiada apa-apa yang berlaku seperti yang didakwa.

“Walaupun saya sudah mengenalinya selama lima tahun kerana dia adalah kawan baik adik ipar saya, cuma baru kebelakangan ini saja kami menjadi rapat.

“Tak mungkinlah hendak bercakap soal kahwin pula kerana memang belum ada perancangan ke arah itu buat masa ini,” katanya kepada mStar Online, Rabu.

Tambah Nabil, dakwaan sebegini bukan perkara baru baginya sejak bergelar artis. Maka, dia lebih senang untuk berdiam diri daripada melayan gosip yang tidak berasas itu.

“Gosip seperti ini bukan perkara baru bagi saya. Sebelum ini, apabila saya melintas depan kedai emas pun orang kata saya ingin beli cincin bertunang.

“Bagi saya, selagi cerita tersebut bukan disahkan sendiri oleh saya, maka ia adalah kisah yang tidak betul. Tak tahulah pula kalau dia sendiri yang buka mulut.

“Kalau ada perancangan hendak berkahwin, tentu saya kongsi dengan semua, buat apa hendak sorok perkara yang baik,” katanya.

# Selingan Berita Hiburan dan Isu Semasa






0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top