Published: Isnin Jun 27, 2011 MYT 2:52:00 PM
Updated: Isnin Jun 27, 2011 MYT 2:58:51 PM
PETALING JAYA: Konsert gabungan dua kumpulan rock legenda, Sweet Charity dan Blues Gang, iaitu 2 Raksasa 2011 yang sepatutnya berlangsung pada 9 Julai depan di Stadium Merdeka ditangguhkan.
Sidang media mengenai penangguhan itu akan diadakan Selasa (esok) di Acasa Hotel, pukul 3 petang oleh penganjur konsert berkenaan, Netzah Productions Sdn Bhd.
“Pihak kami akan mengumumkan penangguhan konsert tersebut dan akan menjelaskan sebab-sebabnya esok,” kata pegawai perhubungan awam daripada Mewah Event Management, Aida Husin.
Difahamkan konsert tersebut terpaksa ditangguhkan ekoran demonstrasi yang akan dibuat oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
Konsert 2 Raksasa 2011 merupakan sebuah konsert gabungan kumpulan Sweet Charity dan Blues Gang buat kali kedua selepas konsert pertama mereka pada 1984.
Dalam pada itu, gabungan dua kumpulan ini sekali gus mengembalikan semula memori konsert pertama mereka 27 tahun lalu.
Ia juga bakal mengembalikan nostalgia serta mengubat kerinduan peminat-peminat Blues Gang dan Sweet Charity yang bukan sahaja terdiri daripada golongan tua tetapi juga muda.
0 ulasan:
Catat Ulasan