Trinity Optima Production (TOP)  bakal mengadakan konsert besar-besaran dengan kerjasama syarikat Raistar yang berlangsung esok di Compass Ballroom - Resort World Convention Center, Sentosa, Singapura.

Konsert Mega Bintang Trinity All-Star itu bakal menampilkan lapan penyanyi naungan TOP iaitu Rossa, Ungu, Afgan, Vidi Aldiano, Sherina, D'Bagindas, Maudy Ayunda, Heri dan juga Nilam Gammal.

Yang pasti, masingmasing bakal muncul dengan persembahan khas membawakan lagu terbaik mereka, selain diiringi susunan muzik lebih menarik pada konsert berdurasi dua jam setengah bermula jam 8 malam.


Teruja dan bakal menjanjikan persembahan khas buat peminat di Singapura khasnya, penyanyi yang kini meledak dengan single Pesan Cinta, Afgan menerusi laman YouTube sempat menyifatkan konsert ini tidak patut dilepaskan.

Bukan saja kesempatan terbaik buat saya, namun buat peminat khususnya juga kerana artis yang bakal membuat persembahan bukan calang-calang, katanya sambil mempromosikan cara pembelian tiket.

Tidak ketinggalan, konsert terbabit juga dirakamkan khas untuk penonton yang tidak berpeluang menyaksikan persembahan berkenaan dalam bentuk DVD eksklusif untuk edaran di ketiga-tiga negara.

Selain itu, Trans TV selaku stesen TV rasmi pula bakal menyiarkan acara terbabit dalam dua episod pada 16 dan 23 Jun ini di Indonesia.

Satu program istimewa juga tidak terkecuali dianjurkan bersama TOP dengan syarikat telekomunikasi gergasi di Indonesia iaitu PT. XL Axiata Tbk (XL) yang memilih beberapa pelanggan bertuah terbang ke Singapura untuk menyaksikan konsert itu.

Sehingga saat ini, TOP sudah menaungi 11 artis kesemuanya dan mengembangkan perniagaan bermula daripada syarikat rakaman, penjenamaan, penciptaan lagu, pengurusan artis sehinggalah menyediakan kandungan digital.

Penubuhan TOP adalah percubaan berisiko empat nama besar dalam industri muzik Indonesia iaitu Handi Santoso, Effendi Widjaja, Adi Nugroho, dan Yonathan Nugroho yang sudah memiliki syarikat rakaman masing-masing.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top