Raja Azmi Raja Sulaiman mengakui dia sudah pun menemui teman hidup baru yang seusia dengannya.

Raja Azmi, 54, berkata, dia telah mengenali lelaki yang merupakan pemain gitar sebuah kumpulan rock popular tahun 1990-an itu sejak empat bulan lalu dan akan mencukupkan tempoh masa enam bulan sebelum memutuskan untuk melangkah ke fasa seterusnya dengan ikatan suami isteri yang sah.

"Seperti semua sedia maklum, agak sukar untuk saya hidup tanpa cinta. Selepas gagal dalam hubungan bersama lelaki muda, saya masih tidak berputus asa untuk mencari lelaki yang sesuai dengan diri saya.

"Dan Alhamdulillah, lelaki yang saya kenali sekarang ini kami berkenalan di gim. Sudah empat bulan kami kenal dan masing-masing serasi bersama.

"Insya-Allah kami bagi tempoh masa selama enam bulan sebelum memutuskan ke peringkat seterusnya. Jika ada jodoh, tunggu saja sidang media akan datang," katanya.


Bagaimanapun tambah Raja Azmi, dia enggan mendedahkan identiti sebenar lelaki itu sehinggalah kedua-dua mereka memutuskan untuk berkahwin.

Walaupun sering kali melalui dugaan dan cabaran kontroversi terutamanya dalam kehidupan seharian, namun dia tidak pernah berasa tertekan dengan setiap perkara yang dilalui.

"Saya seorang wanita yang sentiasa berfikiran positif. Saya percaya setiap dugaan ada hikmahnya.

"Contohnya, dengan pelbagai kontroversi yang melanda membabitkan diri saya serta kegagalan dalam hal cinta tetapi Allah tetap memberikan kegembiraan dengan cara lain.

"Alhamdulillah, saya mempunyai teman lelaki yang benar-benar saya cintai dan kalau boleh kami ingin kahwin segera jika serasi, Insya-Allah. Doakan yang terbaik buat kami," tuturnya.

1 ulasan:

  1. Lepas berpisah dgn bekas pemain badminton negara dgn pemain gitar rock pulak....rock oooo la raja azmi :)

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top