Pierre Andre telah pun selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Siti Nurhidayah Hashim tepat jam 1.30 petang, hari ini dengan hanya sekali lafaz.

Pasangan ini bertunang pada Februari lalu.

Pasangan ini dinikahkan di Masjid Al-Ikhlas Taman Melati, Selayang.


Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki dengan mas kahwin berjumlah RM 300 dan wang hantaran berjumlah RM 20,000.

Majlis resepsi bagi kedua-dua mempelai bakal diadakan selepas Aidilfitri kelak.

Tahniah kepada Pierre dan isteri dan semoga dengan pernikahan ini, Pierre dan juga isteri akan kekal bahagia hingga ke anak cucu dan murah rezeki!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top