Marsha Milan menafikan khabar angin yang dia pernah mempunyai hubungan dengan tunang kepada aktres Fouziah Gous, Zhafran Yusof pada suatu ketika dahulu.

“Saya tiada kaitan dengan tunangan sesiapa pun. Cerita ini sungguh tidak masuk akal. Saya tidak tahu bagaimana cerita ini boleh timbul. Sejujurnya, saya tidak mengenali siapakah individu yang dimaksudkan, bahkan saya pun tidak tahu mengenai berita pertunangannya,” jelas Marsha yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbaru terbitan Grand Brilliance yang berjudul ‘Tujuh’.

Marsha menjelaskan yang dia membawakan watak sebagai seorang gadis suku kaum Orang Asli Temuan.


“Dalam filem ini, saya membawakan watak sebagai Suri. Keluarga saya menjaga rumah banglo kepunyaan keluarga Sam, yang dilakonkan oleh Johan As’ari. Konflik bermula apabila Sam membawa kawan-kawannya ke rumah banglonya itu dan mereka telah merogol Suri,” ulas Marsha.

Mengenai babak rogol yang bakal ditonjolkan dalam filem tersebut, Marsha menjelaskan  dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakonkan watak tersebut.

“Bagi saya, tiada sebarang masalah timbul kerana itu hanya sekadar lakonan semata-mata. Pengarah ada bertanyakan kepada saya, adakah saya selesa atau tidak untuk melakonkan babak terbabit, bagi saya tiada masalah. Jika timbul sebarang kontroversi dan orang berkata-kata mengenai watak yang saya bawakan, maknanya watak yang saya lakonkan itu menjadi,” kata Marsha lagi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top