Kumpulan Sniperz berimej tentera

Kumpulan rock dari Ipoh, Perak, Sniperz, mengetengahkan imej tentera sebagai kelainan dengan pakaian seragam berwarna hitam, hijau dan celoreng.

Sniperz ditubuhkan pada 2009 dan dianggotai oleh empat pemuzik iaitu Noor Azmi Nordin, 43, sebagai vokalis, Shaipul Anwar Mat Saad, 38 (gitar), Maslan Sam Samsudin, 36, (dram) dan Amin Nordin Othman, 38, (bes).

Genre muzik yang diketengahkan Sniperz adalah rock roll malah mereka menjadikan kumpulan rock popular seperti Wings, Amuk, Loudness dan Deep Purple sebagai idola. Kumpulan ini tampil dengan album pertama berjudul, E7J yang memuatkan enam lagu.


Meskipun sudah hampir lima tahun bersama, Sniperz mengakui mereka mengambil masa yang agak lama untuk menerbitkan album. Kata vokalis yang selesa dengan panggilan Azmie, mereka sebelum ini lebih banyak menumpukan perhatian kepada aktiviti persembahan di seluruh negara.

Kami banyak buat show dan selepas berfikir serta mengumpulkan bahan, barulah kami membuat keputusan membuat album. Album itu mula dirakamkan pada Oktober lalu dan kami mengambil masa antara empat hingga lima bulan untuk menyiapkannya.

Empat lagu dalam album itu adalah ciptaan kami sendiri, manakala dua lagu adalah ciptaan komposer Rosli Ahmad. Kami dalam proses untuk mempromosikan album itu manakala muzik video akan menyusul kelak, katanya.

Azmie berkata, imej ala tentera yang diperkenalkan diharap diterima pendengar.

Kami harapkan orang ramai boleh menerima identiti kami. Ini kerana kita lihat banyak kumpulan yang tampil dengan konsep yang sama. Jadi kami berbincang dan membuat keputusan untuk kekal dengan identiti tentera supaya tampak berbeza, katanya ketika hadir di Studio HIP, barubaru ini. Giat membuat persembahan dan menjelajah di sekitar negara, Sniperz aktif menyertai siri persembahan Battle Of The Band terutama di Perak. Dengan menyelitkan irama muzik rock 1980an dan 1990an, muzik dibawa mereka diterima ramai.

Biarpun masing-masing mempunyai perniagaan dan kerjaya sendiri, anggota Sniperz tidak pernah mengetepikan minat dalam bermain muzik. Setiap minggu, mereka pasti berkumpul untuk mengadakan latihan kerana muzik rock roll adalah jiwa mereka.

http://www.reverbnation.com/kumpulansniperz

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top