Anda memiliki keunikan tersendiri dalam memberi ceramah? Sertai ujibakat Pencetus Ummah seterusnya di Kompleks Sri Iman, Kuala Terengganu pada 7 & 8 Jun ini!

 

Apa lagi, kalau anda mahu menjadi penceramah hebat seperti Ustaz Azhar Idrus atau Ustaz Kazim Elias sila hadirkan diri ke tempat ujibakat yang dinyatakan di atas bermula jam 9 pagi hingga 1 petang.

Anda juga digalakkan untuk keluar awal untuk mengelakkan kesesakan. Pencetus Ummah adalah sebuah program realiti islami yang mencari bakat penceramah ‘versatile’.

10 orang lelaki Muslim dari seluruh pelusuk negara bakal berentap untuk dinobatkan sebagai pemenang. Bersiaran selama 8 minggu, para peserta bakal diuji dengan mempersembahkan skil pengucapan awam yang disokong oleh kesan bunyi dan visual. Bakat pengucapan para peserta akan diadili oleh panel-panel juri dan pakar dalam topik berkaitan.

Borang ujibakat boleh didapati di laman http://www.astrogempak.com.my/pencetusummah/audition.aspx

https://www.facebook.com/PencetusUmmah

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top