PERTANDINGAN CIPTA LAGU RAYA BERSEMPENA FESTIVAL RAMADAN 2013

Sempena Festival Ramadan 2013, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) menggalakkan penyertaan individu-individu berbakat untuk Pertandingan Cipta Lagu Raya yang sedang dibuka.

Sekiranya anda berbakat dan berminat untuk menyumbang karya anda pada koleksi lagu khazanah negara ini, boleh ke laman sesawang JKKN

Laman JKKN: http://www.jkkn.gov.my/ 

Lagu-lagu raya ialah khazanah negara kita. Lagu-lagu malar segar ini menimbulkan nostalgia dan menceriakan sambutan hari raya kita. Namun, satu usaha berterusan juga perlu dilakukan bagi menambah bilangan lagu-lagu raya berkualiti sebagai khazanah negara ini. Kita tidak sepatutnya bergantung pada lagu-lagu lama saja dan perlu ada usaha untuk menyemarakkan lagu-lagu ini untuk generasi akan datang.

 Hadiah RM 10,000 menanti pemenang utama dan lima hadiah saguhati bernilai RM 1,000 untuk dimenangi!


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top