Semakin hari, semakin sukar cabaran yang terpaksa dilalui peserta-peserta MasterChef Selebriti Malaysia (MSM 2).

Contohnya, seperti yang berlaku dalam pusingan penyingkiran semalam (Ahad), peserta diminta menyediakan ‘Omelette’ untuk sekali percubaan sahaja.


Mungkin ramai yang berpendapat menyediakan masakan berasaskan telur itu amat mudah disediakan, tetapi anda silap jika cara penyediaan tidak menepati citarasa juri.

Malang buat Lydiawati kerana…dia terpaksa melangkah keluar dari dapur MSM2 selepas ‘Omellette’ yang disediakan agak masin, sekaligus keputusan juri itu menyelamatkan Enot daripada tersingkir.

Bagaimanapun Lydiawati berjaya mengumpul RM6500 untuk disalurkan kepada Rumah Hope.

Malam ini, Syura yang mengetuai pasukan Biru akan menentang Syanie dan kumpulan Merah dalam cabaran Sajian Luar.

Kini tinggal 8 selebriti terbaik akan meneruskan cabaran di dapur MSM2. Siapakah yang akan terus bertahan hingga ke pusingan terakhir? Sama-sama kita nantikan!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top