Syura telah berjaya bergelar juara MasterChef Selebriti Malaysia Musim ke-2.

Syura juga berjaya mengumpul RM60,500 kepada Breast Cancer Wellfare Association

Syura menewaskan Celina Khor apabila menu bertemakan 'Sajian Sehangat Bintang' ciptaannya berjaya memikat hati juri.

Syura dan Celina bersaing untuk mencipta menu untuk sembilan orang VVIP kelas pertama dalam sebuah penerbangan MAS.


Dalam cabaran tersebut, masing-masing dikehendaki membuat sejenis pembuka selera, sajian utama dan pencuci mulut.

Kemenangan itu diakui tidak dijangka Syura kerana dirinya bukan peserta pilihan dan tidak yakin dengan gelaran juara itu.

Sementara Celina menyumbang RM 10,000 kepada Persatuan Kebajikan Haiwan-Haiwan Kurang Dijaga Selangor (Fury Friends Farm).



Syura sebagai jJuara akan menerima 2 tiket penerbangan pergi balik ke PARIS menaiki A380 Kelas Perniagaan dan hidangan pemenang akan dihidangkan di pesawat A380 Kelas Pertama!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top