Sinopsis Iman Nabila

Iman Nabila bermula ketika Tuan Arshad (Mahmud Ali Basha) memberi amaran kepada menantunya, Salimah (Tengku Sariza), jika anak keduanya perempuan, dia akan meminta Harris (Wan Shades) berkahwin lagi. Salimah kecewa dengan ugutan bapa mentuanya lalu memberitahu ibunya, Mardiah (Aida Khalida).

Mardiah merancang sesuatu. Jika Salimah melahirkan cucu perempuan, dia nekad mendapatkan cucu lelaki untuk besannya walau dengan apa cara sekalipun.

Mardiah membeli anak Aida, ibu muda yang ditinggalkan suami dengan harga RM5000 untuk menjadi cucu Tuan Arshad.

Iman Nabila
Manakala, Nabila (Elfaeza) diserahkan kepada Halimah (Fazlina), saudaranya di kampung yang menjaga Nabila hanya kerana wang semata-mata.

Harris memarahi Salimah yang melahirkan anak lelaki kerana ini bermakna anaknya yang akan mewarisi harta bapanya, bukan dirinya.

13 tahun selepas itu, Iman (Shahrizal) membesar sebagai remaja degil dan selalu menunjukkan protes kepada datuknya, Tuan Arshad.

Jika permintaannya tidak dipenuhi, Iman mengugut akan melakukan pelbagai perkara termasuk terjun dari balkoni. Kakak Iman, Yasmin (Siti Elizad) pula berasa terpinggir kerana Tuan Arshad tidak melayan permintaannya.

Nabila yang menjadi gadis sunti terpaksa hidup bergantung kepada apa yang diberikan Halimah. Malah, jarang sekali diberi wang saku. Dia juga menjadi tempat Halimah melepaskan marah dan geram.

Bagaimanapun, Nabila seorang yang tabah, rajin dan bijak sehingga berjaya menamatkan pengajian di universiti dengan cemerlang.

Suatu hari, Tuan Arshad merungut ketika menunggu Harris, Iman dan Yasmin di bilik mesyuarat. Ketigatiganya tidak muncul. Harris masih tidur di rumah kekasihnya, Iman pula baru pulang dari berfoyafoya manakala Yasmin masih keletihan kerana terbabit dengan pembikinan iklan komersial.

Mardiah menyaksikan keadaan huruhara di rumah Tuan Arshad. Melihat perangai Iman, Mardiah menyesal kerana menjadikan Iman cucu Tuan Arshad. Apabila Tuan Arshad menukar rancangan untuk menyerahkan syarikat kepada siapa yang lebih menunjukkan potensi, Mardiah bercadang membawa Nabila masuk ke dalam syarikat.

Mardiah teruja melihat keperibadian Nabila, kecantikan dan sikapnya yang sangat menghormati orang tua. Dia juga mengumumkan Nabila bukan orang gaji baru tetapi sebagai eksekutif di syarikat Tuan Arshad di hadapan Harris, Yasmin dan Iman.

Apakah kemunculan Nabila di dalam keluarga Tuan Arshad akan membongkar segala-galanya? Mampukah Iman berubah demi Tuan Arshad?

Saksikan drama siri terbaru slot Azalea, Iman Nabila, bermula 10 Jun ini, setiap Isnin hingga Khamis jam 4 petang di TV3.

Jika anda terlepas menyaksikan drama siri ini di kaca televisyen, anda boleh menontonnya di saluran alternatif menerusi www.tonton.com.my. Pengguna laman sosial Twitter juga boleh menggunakan tanda pagar #ImanNabila untuk sebarang perbualan dan komen.

Pelakon drama Iman Nabila:  Elfaeza Ul Haq, Shahrizal Jaszle, Mahmud Ali Basha, Wan Shades, Fazlina Datuk Ahmad Daud, Tengku Sariza dan Aida Khalida.



0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top