Sinopsis Teater Putera Salang Ur

 

 Putera Salang Ur mengisahkan mengenai perjalanan hidup Tengku Daik yang dihalau adinda kembarnya, Tengku Muda dari negeri Langkapura.

Selepas berlaku pertelingkahan dan cedera ditikam, Tengku Daik lari ke dalam hutan tebal yang tidak berpenghuni. Baginda yang luka kemudian berehat, tetapi diganggu seekor langau yang besar.

Walaupun cuba dihalau tetapi tidak berjaya sehingga baginda tertidur.

Selepas peristiwa itu, Tengku Daik terus membina sebuah negeri baru bermula daripada perkampungan kecil bernama Salang Ur.

Putera Salang Ur menampilkan pelakon seperti Nazri Ahmad sebagai Sultan, Zainatul Shuhaida(Permaisuri),Sharul Nizam Samsudin (Tengku Daik), Mohd Fahrurazi Adnan (Tengku Muda), Azlansham Ismail (Datuk Bendahara) dan ramai lagi. Turut berlakon ialah Keena Mentor yang membawakan watak Puteri Langau.

Pementasan teater  Putera Salang Ur dipentaskan Kumpulan Persatuan Kebudayaan Suara Alam Selangor di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur bermula Jumaat hingga Ahad, jam 8 malam.

Tiket untuk menonton pementasan ini berharga RM50 (premier) dan RM5.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Kebudayaan, Kesenian Negara (JKKN) di talian 03-26148200.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top