Penyanyi dangdut Sheeda sebak apabila Mahkamah Tinggi Syariah membenarkan permohonan ex-parte pihaknya bagi mendapatkan hak penjagaan anaknya, Nur Fazlinda Ahmad Fazli.

Hakim Syarie, Nasser Abd. Aziz membenarkan permohonan Sheeda yang difailkan pada 21 Jun lalu, selepas mendapati terdapat elemen yang mendesak iaitu membabitkan persekolahan remaja terbabit.

Alasan utama Sheeda atau nama sebenarnya Sayyida Beevi M. Shahul Hameed, 50, selaku pemohon memfailkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) kerana risau Nur Fazlinda tidak hadir ke sekolah sejak Mei lalu.

Sheeda berkahwin buat kali ketiga pada tahun 2008 dengan seorang guru, membuat permohonan tersebut mengikut Seksyen 201 Akta Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1998.

Dia diwakili peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan.

Sheeda sebelum ini mempunyai dua orang anak Hafizul Razli, 28, Norrazlinda Razli (Bienda), 27, hasil perkahwinan terdahulu.

Nur Fazlinda merupakan satu-satunya anaknya dengan Ahmad Fazli Mohammad, 38, yang merupakan perkahwinannya yang kedua. - UTUSAN ONLINE

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top