Sinopsis Pee Mak

Pada permulaan Dinasti Rattanakosin, ramai lelaki Thai dikerah ke medan perang. Pee Mak tidak ketinggalan. Dia terpaksa meninggalkan isterinya yang sedang mengandung ketika itu.

Sewaktu di medan perang, dia bersahabat dengan beberapa tentera lain. Selepas perang tamat, Mak menjemput empat rakannya pulang ke kampungnya, Phra Khanong.

Sampai di sana, mereka diperkenalkan kepada isteri dan anaknya yang baru lahir. Sahabatnya itu memutuskan untuk tinggal di desa terbabit buat seketika.

Namun, sejak itu mereka mula mendengar cerita kononnya isteri Mak meninggal sewaktu melahirkan anak mereka.



Pee Mak Official Trailer
Filem: Pee Mak
Genre: Seram
Pengarah: Banjong Pisanthanakum
Pelakon: Mario Maurer, Nattapong Chatpong, Pongsatorn Jongwilas, Attharut Khongrasri

1 ulasan:

  1. sinopsis dia sejibik mcm citer Nang Nak, tajuk jer lain :)

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top