Tak tahulah Murai Batu apa nak jadi dengan nasib masyarakat sekarang Ada-ada saja kes yang mengejutkan berlaku setiap hari. Bermula daripada kes pepeperangan, pembunuhan, kemiskinan hinggalah isu perebutan kuasa dan politik. Kesemua kes ini cukup merunsingkan Murai Batu.

Samalah halnya juga dengan situasi dunia hiburan tempatan kita. Kebelakangan ini, kes penceraian di kalangan selebriti kita makin kerap berlaku. Begitu juga juga dengan masalah penyalahgunaan dadah. Murai Batu pun tak tahu nak salahkan siapa. Tapi, apa-apa yang berlaku pun pokok pangkallnya adalah pada diri kita sendiri juga. Jadi, sebelum buat sesuatu perkara itu, fikirlah masak-masak dulu.

Terlanjur cakap pasal perkara ni, Murai Batu dikejutkan pula dengan cerita terbaru yang tentang tentang 2 pelajar adik-beradik yang menyertai Akademi Fantasia 8 iaitu si Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 19 dan kakaknya, Erma Suhaimi atau Ema, 21.

Murai Batu diberitahu rupa-rupanya Adira dan Ema ni dah mula pakai tudung sejak di waktu sekolah lagi. Malah, Murai Batu difahamkan kedua pasangan beradik ini sama sekali tidak berani memakai pakaian yang terlalu moden seperti yang telah mereka pakai sepanjang menjadi pelajar AF8.Tapi, bila dah masuk AF8, lain pula jadinya.

Tak pastilah Murai Batu macam mana kedua-dua beradik ini boleh berubah sedemikian. Tapi Murai Batu dapat tahu ada suara mengatakan Adira dan Ema terpaksa berbuat sedimikian kerana telah dihasut kononnya imej bertudung agak sukar diterima masyarakat, kalau hendak jadi penyanyi.

Pada mulanya Murai Batu tidak mahu percaya gosip ini tetapi selepas melihat sendiri video nyanyian mereka berdua menyanyi dengan bertudung, barulah Murai Batu percaya.

Mungkin akan ada pihak yang mempersoalkan kenapa si Adira dan Ema ini tidak mengikut jejak langkah senior mereka seperti Salima, Heliza dan Rini yang masih bertudung? Begitu juga dengan penyanyi lagu Dan Sebenarnya, Yuna juga mampu menggegar industri muzik tempatan sekalipun tampil dengan imej yang sebegitu.

Entahlah, Murai Batu pun tak tahu nak cakap apa. Sebab mereka mungkin ada alasan sendiri mengapa mereka sekarang ini berimej sebegini. Lagipun, mereka ada hak untuk tampil dengan imej yang macam mana pun. Nampaknya, selepas ini Murai Batu kenalah berjumpa dengan Ema untuk mencari konklusi terhadap persoalan ini memandangkan Adira masih lagi dalam akademi.

MURAI BATU: Ada kawan meletakkan status menyesal terpaksa hipokrit kerana kerjayanya dalam Facebook.

Source: Murai

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top