Pertandingan Mencari Bintang Apa Kata (AKM) yang dianjurkan portal murai.com.my bersempena kehangatan Akademi Fantasia Musim Ke-8 (AF8) sejak sebulan yang lalu telah pun berakhir secara rasminya pada 13 April 2010.

Lanjutan daripada itu, satu majlis penyampaian hadiah telah diadakan khusus buat 5 pemenang Mencari Bintang Apa Kata M(AKM) di pusat karaoke Neway di Puchong, Kuala Lumpur, petang semalam.

Kelima-lima pemenang bertuah tersebut adalah Noorshalina Zainal yang terpilih sebagai juara diikuti dengan Nursyamira Sejali (tempat kedua), Nurul Nadia Jamaluddin tempat ketiga), Farah Syazwani Fadzlan tempat keempat dan Tengku Noor Syuhada (tempat kelima).

Apa yang menarik, murai.com.my selaku portal hiburan rasmi AF8 turut memberikan peluang eksklusif kepada kelima-lima untuk menjadi orang yang pertama berjumpa juara AF8 serta bintang –bintang AF8 yang lain melalui pertandingan Mencari Bintang ini.

Selain bertemu dengan pelajar AF8 ini, kesemua mereka turut menerima pelbagai hadiah menarik sumbangan Maybellinne, sejambak bunga tajaan RNL Florist bernilai RM200 serta barangan eksklusif murai.com.my yang ditandangani Top 5 bintang AF7.

Ketika ditemui murai.com.my, Noorshalina yang sanggup datang dari Johotr Bahru mengakuis angat gembira dengan kemenangannya yang tidak dijangka itu.

Apatah lagi, bila berpeluang berduet dan bernyanyi bersama juara AF8, Shahir menerusi lagu 'Sandarkan Pada Kenangan'.

"Saya sangat gembira hari ini. Penyertaan ini pada mulanya dilakukan sekadar suka-suka saja. Tapi, tak sangka pula saya akan terpilih sebagai Top 5 dan seterusnya juara AKM.

"Apapun peluang untuk berjumpa dengan Shahir dan finalis AF8 yang lain memang sangat saya nanti-nantikan selama ini. Mereka sangat soprting. Begitu juga dengan bintang AF8 yang telah tersingkir sebelum ini. Terima kasih kepada murai.com.my kerana beri peluang keemasan begini!", katanya.

Pertandingan AKM yang telah diadakan sebanyak 2 saringan ini telah diwarnakan oleh Maybelline dan dimeriahkan oleh Neway Karaoke sebagai penaja utama. Ia juga adalah salah satu segmen istimewa yang mengisi Slot AF8 @ Murai yang telah berlangsung sejak 13 Mac lalu dan tamat pada 13 April 2010.

Peserta yang menyertai pertandingan ini perlu melalui peringkat pertama, dengan menghantar foto menggunakan produk Maybelline New York berserta slogan yang ditetapkan dan penghantar foto paling menarik berserta slogan terbaik akan dipilih juri untuk layak ke peringkat seterusnya.

Manakala untuk peringkat kedua, peserta yang terpilih perlu menyanyikan lagu tema Apa Kata M yang berjudul 'Apa Kata' nyanyian asal Ajieb ciptaan Omar K dan lirik oleh Zel Hadauan yang dirakamkankan dalam bentuk video.

Kemudian video tersebut disiarkan di murai.com.my dan pelayar portal ini perlulah mengundi video berkenaan untuk menentukan pemenangnya.

Melalui peringkat kedua itu, hanya 5 peserta yang mendapat undian tertinggi dan tidak melanggar pertaturan yang ditetapkan layak memenangi pertandinagn Mencari Bintang AKM ini.

Dalam masa yang sama, selain memilih 5 pemenang Bintang AKM, 3 pengundi terbaik dan terbanyak iaitu Mohd Amir Adli Mohd Shakari, Nor Aqila Che Alim dan Nurul Nadia Mohd Mokhtar juga turut berpeluang memenangi hadiah yang sama. Malah berpeluang berjumpa dengan kesemua finalis AF8.

2 ulasan:

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top