Begitulah yang dirasai Sandra Afiza iaitu kakak kepada pelajar Akademi Fantasia 8 (AF8), Muhd Sharil Firdaus Eli atau Daus, 22, apabila ditanya tmengenai komen pengetua AF8, Norman Abd Halim yang sebelum ini pernah mengatakan bahawa Daus tidak layak berada di pentas final AF8.
"Apabila kami sekeluarga dengar statement Norman tu, kami rasa tertekan. Kami terfikir juga, kenapa dia boleh bercakap begitu dan bersikap kurang profesional. Bukankah sebagai pendidik dia perlu lebih berhati-hati mengeluarkan pandangan.
"Bagaimanapun, kami tak nak ambil pusing sangat tentang kata-kata Norman. Masing-masing ada hak untuk memilih dan memberikan penyataan. Kami sekeluarga yakin Daus boleh buat yang terbaik pada konsert ke-9 nanti. Sebagai kakak, sekiranya dia diberi peluang yang lebih, saya tahu dia boleh buat yang lebih baik lagi dari sebelum ini," katanya.
Dalam pada itu, Sandra yang sedang merawat suaminya di hospital Kuching turut menyangkal dakwaan bahawa dia sekeluarga mahu memboikot Norman hanya kerana perkara ini.
"Kami sekeluarga tak sampai ke tahap itu. Emak pun ada pesan, jangan ambil tindakan melulu. Itu cuma penilaian biasa dari insan biasa. Lagi pun, Norman pun ada cakap, kedudukan yang diberikan itu bukanlah mengikut ranking. Itu hanya pendapat saja.
"Emak saya pun ambil pendapat ini secara positif. Saya juga rasa peminat Daus pun boleh berfikir secara rasional. Peminat Daus mampu menilainya sendiri dan mereka tidak pula melenting sampai nak buat rusuhan," ujarnya
Walaupun pada awalnya dia sering mempertikaikan tentang tindakan pihak fakulti akademi dan produksi AF8 kerana selalu berikan lagu-lagu yang berentak pantas buat Daus, namun Sandra akhirnya terpaksa akur dengan pandangan Norman bahawa adiknya itu lebih sesuai membawakan lagu-lagu berunsur Indie.
"Tentang pemilihan lagu untuk Daus, saya rasa pihak fakulti lebih tahu mana yang sesuai untuk adik saya. Namun, saya kenal adik saya. Daus sebenarnya mampu menyanyikan lagu tradisional dengan baik sekali. Lagu makanan untuk Daus adalah lagu-lagu daripada kumpulan Ungu," katanya.
Teks oleh Razif Rosdi
0 ulasan:
Catat Ulasan