Pelbagai komen dan tanggapan dibuat apabila juara Akademi Fantasia 7, Hafiz berambut pendek.

Ada yang berpendapat gaya rambut pendek menampakkan Hafiz lebih kacak dan matang. Manakala ada pula menganggap fesyen rambut pendeknya adalah lebih kemas dan komersial.

Ya, selama ini, selebriti remaja ini dikenali dengan rambut afronya. Kenapa tiba-tiba Hafiz sanggup memotong rambutnya?

Berpeluang menemui Hafiz sewaktu konsert akhir AF8 baru-baru ini, mStar Online tidak melepaskan peluang untuk mengetahui sebabnya.

"Kenapa potong rambut? Sebab rosak. Semasa persembahan, mereka sembur pada rambut saya. Dan rambut saya menjadi split-end. Jadi, saya mengambil keputusan untuk memotongnya.

"Of course, saya sayangkan rambut panjang nie. Sebab kiranya ia macam trademark saya. Dalam perancangan, saya akan simpan baliklah," kata Hafiz.

Rambut Hafiz kelihatan mulai panjang sedikit berbanding penampilan rambut pendeknya sewaktu Diari Akademi Fantasia 8 suatu ketika dulu.

Sebelum ini, Hafiz pernah berkongsi petua menjaga rambutnya dengan media iaitu menggunakan syampu setiap hari.

Bagaimanapun katanya, syampu itu mesti daripada jenama yang berbeza-beza.

Nampaknya Hafiz terpaksa akur petuanya tidak dapat menghalang bahan kimia semburan merosakkan rambutnya.

Apa pun, kita nantikan wajah asal Hafiz yang berambut afro.


Oleh AU YEONG HOW

1 ulasan:

  1. ABG BUAT KONSERT DEKAT DATARAN BATU PAHAT.KENAPA ABG X NAK TUKAR RAMBUT MACAM AKIM,ARIL,DAUS DAN TOMOK.

    BalasPadam

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top