Ketika ini Shahir, Maulana, Adira. Daus dan Iwan sedang sibuk membuat persiapan terakhir untuk menjayakan konsert final Akademi Fantasia Musim Ke-8 (AF8) yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada esok hari (Sabtu, 22 Mei 2010), bermula jam 9 malam.
Pastinya kesemua barisan pelajar Top 5 yang masih kekal di akademi ini berdepan dengan tekanan fizikal dan mental yang cukup hebat sekali. Lebih-lebih lagi dalam usaha mereka untuk merebut gelaran juara AF8.

Jom, selami hasrat dan impian mereka serta detik-detik persiapan terakhir mereka berdepan dengan konsert final AF8, malam esok.

Adira

Lagu Sendiri: Ku Ada Kamu

Lagu Tugasan: Tiru Macam Saya (Sheila Majid)

Persediaan: Sejak mula jejakkan kaki ke AF lagi, saya dah pun membuat persediaan lebih awal untuk ke final. Namun bila dapat tahu saja saya betul-betul dapat melangkahkan kaki ke final, maka saya cuba tambahkan lagi usaha untuk membuat persediaan yang lebih. Sebab, pentasnya semakin besar dan penonton juga semakin ramai,. Ia membuatkan saya rasa cukup 'nervous' sekali'. Saya harap pada malam final nanti saya akan dapat menyesuaikan diri dan mencari keselesaan sewaktu berada di pentas.

Harapan: Sebenarnya dari mula saya mengahadirkan diri ke ujibakat AF ni saya dah mula pasang niat untuk jadi juara AF8. Walaupun semua hak diserahkan kepada orang-orang di luar sana untuk mengundi kami, tapi saya percaya jika kita berkerja keras orang boleh lihat usaha kita dan percaya dengan bakat kita, sudah pasti boleh jadi juara!

Daus

Lagu Sendiri: Kenapa

Lagu Tugasan: Doktor Pakar Cinta (Yusry Abd Halim)

Persediaan: Daus yakin setakat ni persiapan Daus sudah mencapai 70% untuk menjelang satu hari lagi untuk ke konsert akhir walaupun Daus masih lagi mempunyai masalah untuk menghafal lirik. Tapi, Daus akan cuba untuk mengatasinya dengan baik selepas ini. Pada persembahan lagu pertama, Doktor Pakar Cinta Daus akan muncul dengan beberapa tarian dan 'attitude'. Manakala untuk lagu kedua dari single Daus, Kenapa yang bergenre indie pop ni, Daus akan membuat sedikit gimik dan menyelitkan sedikit unsur-unsur komedi.

Harapan: Saya pun pasti saya boleh jadi juara ke tidak kerana persaingannya yang sengit dari peserta yang hebat-hebat belaka. Semuanya bergantung kepada sokongan peminat yang menilai persembahan saya dari setiap minggu. Namun, jauh dari sudut hati ini, saya juga ada keinginan untuk jadi juara AF8.

Iwan

Lagu Sendiri: VIP

Lagu Tugasan: Rela Ku Pujuk (Spider)

Persediaan: Hendak kata saya sudah buat persediaan sebanyak 100 peratus itu tidak adalah tetapi pada waktu yang sama saya memang sudah bersedia. Cuma ada beberapa persembahan yang akan di 'touch up' lagi oleh tenaga pengajar. Tambahan pula, persiapan kami sedikit terganggu minggu ini dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu terakhir ini.Namun saya yakin pada hari sabtu ini saya akan benar-benar bersedia 100% untuk memberikan yang terbaik dan berbeza berbanding minggu-minggu yang sebelum ini pada malam final nanti.

Harapan: Saya pun tak berani nak cakap yang saya ini boleh jadi juara AF8 atau pun tidak. Tapi, secara jujurnya memang saya ada impian nak jadi juara. Walaupun ramai yang berpendapat saya berjaya setakat ini kerana bersanadarkan rupa paras dan wajah yang jambu tetapi saya percaya penyokong di luar sana memilih saya kerana bakat. Jadi semuanya terletak pada undian orang-orang di luar sana,. Saya tiada hak untuk menentukannya.

Maulana

Lagu Sendiri: RSVP

Lagu Tugasan: Susun Silang Kata (Aizat)

Persediaan: Sebagai peminat genre muzik jazz, sudah pasti saya akan menampilkan persembahan yang lain dari pelajar lain tetapi malang baru semalam saya dan Shahir diberikan 'minus one' untuk single kami. Lebih merumitkan lagi keadaan bila terdapat sedikit perubahan ke atas lagu kami nanti. Buat masa ini saya masih lagi akan mengekalkan persediaan yang telah sedia dibuat. Sebarang perubahan untuk menbukar dari plan A ke plan B hanya akan dibuat apabila ianya diperlukan. Tapi, Insya Allah semuanya akan berjalan lancar pada malam final nanti.

Harapan: Memang saya ada niat nak jadi juara dan rasanya setiap pelajar yang lain pun ada memasang impian yang sama. Cuma, semuanya ditentukan oleh rezeki yang Allah nak bagi. Apapun, juara atau tidak, ianya tak penting buat saya. Yang penting, ,saya puas dengan persembahan yang saya buat malam itu dan saya mampu buat semua orang terhibur melihat persembahan saya. Ia lebih baik daripada orang mengatakan seseorang itu tidak layak jadi juara kerana persembahan yang kurang memuaskan.

Shahir

Lagu Sendiri: Kebahagian Dalam Perpisahan

Lagu Tugasan: Biru Mata Hitamku (Wings)

Persediaan: Saya yakin dengan iringan muzik 'live band' pada malam itu nanti kerana pasti akan memberi impak kepada persembahan dan nyanyian saya. Setakat ini, persediaan ini sudah pun dibuat sebanyak 80 peratus.

Harapan: Saya tak berani nak cakaplah saya boleh jadi Juara AF8 atau pun tudak tetapi bagi saya bila saya masuk ke AF ini, ia sudah dikira satu pencapaian yang cukup baik buat diri saya. Bagi saya jika sudah berjaya ke final, semua pun layak jadi juara. Yang membezakan hanyalah kedudukan normbor masing-masing. Tapi semua itu bergantung pada rezeki.

Teks oleh: Syafiqah Jalal

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top