Shahir dalam kereta Peugeot 207 yang dimenangi.


Ahmad Shahir Zawawi (Shahir) diumumkan sebagai juara baru Akademi Fantasia 8 (AF8) pada konsert akhir Sabtu lalu. Ia menepati ramalan sebelum pentas final bermula lagi. Apatah lagi mendengar gema sorakan penyokongnya apabila nama Shahir disebut di Stadium Putra, Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam itu.

Shahir mendapat sorakan paling gemuruh berbanding empat lagi rakan yang sama-sama berentap dalam konsert akhir tersebut. Hari ini Shahir sudah memulakan perjalanan baru sebagai juara AF8. Mampukah Shahir mengekalkan momentum sokongan pada malam final ke alam nyata?

Shahir tetap kena kerja keras selepas ini.
Apa yang bakal dilalui oleh semua peserta program realiti pastinya tidak akan sama dengan kehadiran mereka selepas selesai sesebuah program. Mereka harus menanamkan dalam diri pasal perkara itu.

Kalau kemunculan mereka di pentas pertandingan mendapat sorakan dan tepukan gemuruh, belum pasti suasana sama akan diterima apabila muncul di pentas persembahan nanti.


Dalam salah satu komentar pengkritik tetap AF8 yang juga bekas pengacara AF semala lima musim, Aznil Nawawi menekankan agar Shahir menjaga momentum sorakan tersebut kerana sudah ada senario sorakan bertukar corak (kena boo?).
[Lima finalis AF8 kini memburu nama dibidang seni suara.]

Lima finalis AF8 kini memburu nama dibidang seni suara.


Kalau semasa dalam program mereka ditatang dan dikawal rapi, suasana di luar tidak semestinya semacam itu. Mereka akan dilayan sama rata sebagaimana artis lain. Kalau mereka tidak benar-benar sedia, mereka akan berasa seperti ada sesuatu yang tak kena.


Kita bimbang kalau-kalau mereka beranggapan layanan terhadap mereka akan sama sebagaimana semasa dalam tempoh pengajian di Akademi Fantasia. Mereka mungkin akan rasa pelik apabila tiada sorakan yang diberikan semasa bertemu orang di luar program.

Apatah lagi suasana sekarang yang tidak sama sebagaimana rezeki yang diterima oleh senior mereka pada muzim pertama hingga ketiga yang ternyata menjadi kegilaan peminat yang baru didedahkan dengan program nyanyian berkonsep realiti pada masa itu

Pada masa itu, belum lagi program tamat, sudah ada pihak yang menempah untuk mendapatkan khidmat mereka mengadakan persembahan dalam pelbagai majlis yang memerlukan penyanyi. Malah harga mereka lebih tinggi berbanding artis yang sudah establised.

Hari ini suasana sudah berubah. Agenda yang akan dilalui oleh Shahir dan rakan-rakannya, Adira, Daus, Maulana, Iwan dan lain-lain dalam masa terdekat mungkin kebanyakkannya berkonsep promosi. Rezeki tambahan bergantung kepada nasib masing-masing.


Syarikat pengurusan juga semestinya tidak mampu menguruskan kesemua dan melepaskan kepada diri sendiri untuk meneruskan agenda seni. Sebab itu peserta musim-musim lalu kini bersepah di beberapa syarikat produksi, malah ada yang menubuhkan syarikat untuk menguruskan diri sendiri.


Rezeki lagu baru


Namun satu kelebihan yang ada pada Shahir dan rakan-rakan hari ini ialah lagu baru mereka yang boleh dijadikan bekal untuk mendapat peluang mengadakan persembahan apabila lagu mereka mula diminati.


Irulah idea Pengetua AF8, Norman KRU yang sememangnya bergeliga dalam selok-belok promosi bisnes muzik. Sebab itulah KRU sekarang berjaya sebagai sebuah syarikat yang berurusan seratus peratus di dalam bisnes berkaitan muzik.
[Adakah penampilan menarik juga jadi faktor pilihan pengundi?]

Adakah penampilan menarik juga jadi faktor pilihan pengundi?


"Saya mahu kesemua mereka memiliki single sendiri untuk memastikan mereka boleh diterima selepas program tamat. Dengan lagu baru yang diciptakan khas untuk mereka, mereka ada modal untuk mengadakan persembahan dan ada sebab untuk pihak di luar sana mengundang mereka," kata Norman.


Bukan sahaja lagu, malah mereka juga sudah menyiapkan penggambaran klip video untuk lagu baru yang bakal memperkenalkan mereka ke dunia seni. Klip video mereka diterbitkan oleh KRU.


Kebetulan kesemua lagu baru yang dipersembahkan oleh finalis malam itu hasil ciptaan Edry KRU. Adakah Norman mahu membolot peluang untuk kepentingan KRU?


Kata Norman: "Saya tahu Edry ada menghantar lagu untuk pemilihan, tapi bukan saya yang membuat keputusan pemilihan lagu sebaliknya ia diputuskan oleh panel produksi selepas dinilai kesesuaian dengan setiap finalis."


Pasal pemilihan adik-adiknya untuk pembikinan klip video, kata Norman, dia senang bekerja dengan mereka apatah lagi dia hanya memerlukan masa yang suntuk untuk peroses menyiapkan klip video. Sebab itulah dia menyerahkan tugas tersebut kepada orang yang dipercayai.


Kepada Shahir dah kesemua peserta, mereka harus terus bekerja kerasa untuk terus memahat nama dan kejayaan dalam bidang seni.


Sekarang mereka bukan lagi bersaing dengan 12 peserta, sebeaiknya harus memberikan persembahan terbaik dan dapat menyaingi penyanyi sedia ada kalau mahu lebih berjaya.
Konsert untuk bantu Seri Bayu
Monday, May 24, 2010 1:10 PM


RELA... Sebahagian artis yang akan memeriahkan Konsert Dana Ehsan untuk mengutip derma membantu penderitaan Seri Bayu.




SUMBANGAN besar penulis lirik, Seri Bayu pada industri hiburan tidak sewajarnya dipertikaikan. Sudah lama dia berkarya dan sudah terlalu banyak lagu popular yang liriknya ditulis penulis berkenaan.


Namun kini, kegemilangan Seri Bayu sudah semakin pudar lantaran derita kesakitan yang dialaminya.


Sehubungan itu, sebuah konsert dangdut amal yang dinamakan Konsert Dana Ehsan bakal menghimpunkan beberapa artis dangdut tanah air demi mengumpul dana untuk membantu penulis lirik terkenal tanah air, Seri Bayu.


Konsert amal yang dijadualkan berlangsung pada 30 Mei ini menyaksikan beberapa barisan artis dangdut seperti Sheeda, Iwan, Zaleha Hamid, Herman Tino, dan Salwa Abdul Rahman membuat persembahan untuk menghiburkan peminat yang hadir.


Penganjur konsert yang diterajui Presiden Karyawan dan Terra Venture Event Management serta Koperasi Peniaga Anak Tanjung Karang sepakat memilih Dataran Astaka Tanjung Karang, Kuala Selangor sebagai lokasi berlangsungnya acara kebajikan itu.


Konsert Amal untuk membantu meringankan penderitaan yang dilalui Seri Bayu yang menghidapi penyakit saraf itu diilhamkan oleh penyanyi dangdut terkenal Sheeda bersama rakan-rakan artis seperti Salwa, Pian Cecupak serta seorang insan yang sering membantu Seri Bayu yang digelar Ayah Mie.


Menurut Sheeda, pengacara yang akan menghangatkan suasana konsert pada malam itu nanti adalah Pian dan Amir Raja Lawak.


"Bermula pukul 3 petang pada hari yang sama, para artis akan berada di dataran tersebut untuk sesi bersama peminat di samping menyertai beberapa aktiviti karnival rakyat seperti sukaneka dan karaoke.


"Aktiviti pada sebelah petang itu akan menyaksikan beberapa artis lain selain artis dangdut turut hadir bagi menjayakan karnival berkenaan," katanya pada sidang akhbar di pejabat Karyawan baru-baru ini.


Tambah Sheeda, pada karnival itu nanti, tabung kutipan derma akan mula diedarkan bagi mengumpul dana tersebut sehinggalah berlarutan ke malam konsert.


Beberapa orang artis yang sudah mengesahkan kehadiran mereka untuk sama-sama memeriahkan karnival pada petang itu ialah Tushee, Siti Fairuz, Hashima, Bienda, Sawiah, Halil Chik, Dior, Oney May, Mas Omar dan ramai lagi.


Sehubungan dengan itu, Sheeda menjemput penduduk di sekitar Tanjung Karang hadir untuk sama-sama berhibur di samping dapat melakukan amal kebajikan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top