Dianggarkan 24.2 juta penonton menyaksikan pertandingan akhir di rangkaian Fox ini Rabu lalu yang mana Lee DeWyze muncul sebagai juara mengalahkan Crystal Bowersox serta pemergian hakim Simon Cowell, penurunan 18 peratus berbanding tahun lalu, demikian menurut angka awal rating yang dikeluarkan semalam.
Pertandingan realiti berusia sembilan tahun ini pernah menjadi rancangan nombor satu di AS dan kekal di tempat pertama selama tujuh tahun berturut-turut. Namun penonton berkurangan sebanyak sembilan peratus musim ini kepada purata 23.9 juta berbanding jumlah lebih tinggi pada 2006 iaitu 30.8 juta.
Pengerusi hiburan Fox, Peter Rice memberitahu pemberita awal bulan ini bahawa 'tiada tanda tanya lebih besar musim panas ini' selain mencari pengganti Cowell.
Hakim dari Britain dengan ulasan berbisa itu berhenti daripada program itu untuk melancarkan rancangannya sendiri di rangkaian sama pada tahun depan, dengan menyatakan yang dia berasa bosan selepas sembilan tahun berada bersama American Idol.
Pemerhati media turut menyuarakan perlunya perubahan besar untuk rancangan itu kembali terkenal dan mengekalkan peminatnya dengan memperkenalkan slot baru dan menukar semua panel hakim. - REUTERS
0 ulasan:
Catat Ulasan