Waktu Murai Batu dapat tahu yang ayah kepada pelajar Akademi Fantasia 8 (AF8), Nadiawati Ainul Basir atau Ain, 23, mempunyai sakit hilang ingatan, tersentuh juga hati dan perasaan ini.

Lebih menyedihkan Murai Batu apabila diberitahu bahawa ayahnya yang dikenali sebagai Pak Basir langsung tidak tahu serta tidak ingat bahawa anak kesayangannya itu masih tengah berjuang untuk jadi juara AF8.

Malah, Murai Batu dapat tahu kenangan terindah Ain dan ayahnya itu hanya diingati melalui gambaran wajah Ain yang hanya boleh ditafsirkan melalui lukisan potret Ain hasil kerja tangan ayahnya itu. Aduh, sedihnya...

Tapi, apa yang diberitahu oleh seorang sahabat dari Sabah baru-baru inis angat mengejutkan Murai Batu. Sebab katanya, Pak Basir tak sakit atau hilang ingatan seperti yang didakwa.

Sebaliknya, Pak Basir sekarang ini dikhabarkan tengah bergiat aktif dan bertungkus-lumus berkempen mencari ahli kelab peminat Ain. Malah, Pak Basir yang juga ada berhubung dengan kenalan Ain di laman komuniti popular, Facebook.



Haa??? Macam tu ke? Habis tu, macam mana dengan cerita dan video ibubapa Ain yang pernah disiarkan dalam konsert mingguan baru-baru ini? Takkanlah ia sekadar lakonan kot? Tak pun, Pak Basir dah sembut kot daripada penyakit hilang ingatannya tu.

Apa kes pun, Murai Batu turut diberitahu akhbar dari Sabah turut membantu keluarga Ain dengan menyiarkan artikel tentang usaha ibu bapannya untuk menubuhkan kelab peminat Ain secara rasmi dan sah,

Yang penting, dalam akhbar itu bukan saja menyiarkan berita dan foto ibu bapa Ain tetapi turut menyelitkan sanak-saudara dan teman-teman Ain yang menyokong Ain dengan membawa sepanduk yang meletakkan foto menarik Ain.

Source: Murai Batu, Murai

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top