Maruah diri saya terbela selepas dia ditahan. Walaupun perasaan masih tertekan, tetapi saya lega selepas membuat laporan polis, kata pelakon baru Ffarrah Ismail, 22, terhadap kes dia mendakwa dicabul seorang pengarah drama berusia 60-an berlaku pada 10 Januari lalu.

Pelakon tambahan ini berkata, dia tampil mengadakan sidang media bersama Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) di sini semalam untuk memberi kenyataan rasmi dan menjelaskan situasi dirinya.


Saya tidak mahu perkara sama berlaku pada artis lain. Saya masih minat berlakon, tetapi serik dan takut untuk teruskan, katanya.

Menurutnya, dia yang sebelum ini bergantung pendapatan pada bidang lakonan menceburi karier dalam perhotelan sejak dua minggu lalu.

Keputusan bergantung pada keluarga dan jika mereka terus memberi sokongan saya akan kembali berlakon. Buat masa ini keluarga belum beri apa-apa keputusan, katanya.

Ffarrah yang pernah membintangi lapan drama dalam tempoh lima bulan antaranya Cinta Jangan Pergi dan Cinta Puteri Salju menyatakan dia turut menerima kesan pandangan masyarakat sekeliling.

Ada yang memandang serong dan ada juga bersimpati. Kejadian ini adalah pertama kali berlaku dalam hidup saya dan saya serahkan pada polis untuk melakukan siasatan lanjut, katanya. ~ HM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top