Sinopsis Now You See Me

Now You See Me mengisahkan sebuah kumpulan ahli silap mata profesional, The Four Horsemen, yang dianggotai J Daniel Atlas lakonan Jesse Eisenberg, Henley Reeves (Isla Fisher), Merritt McKinney (Woody Harrelson) dan Jack Wilder (Dave Franco).

Pada mulanya mereka hanya pakar ilusi jalanan. Selepas setahun, mereka dikenali ramai apabila mempersembahkan pertunjukan silap mata yang menggunakan teknologi canggih. Pada pertunjukan pertama, mereka mengejutkan penonton dengan merompak sebuah bank di Perancis.

Manakala pada pertunjukan kedua, mereka memerangkap seorang pemilik syarikat insurans, seterusnya menyalurkan wang dalam bank penjenayah itu ke akaun bank penonton.

Meskipun helah yang dilakukan berkaitan dengan wang, tetapi The Four Horsemen tidak mengambil satu sen pun hasil rompakan mereka lakukan.

Di sini, terselit helah dan maksud tersirat di sebalik setiap pertunjukan mereka. Malah, disebabkan rompakan itu, mereka menjadi buruan polis dan pasukan FBI.

Ejen khas FBI, Dylan (Mark Ruffalo) bertekad untuk menghapuskan kumpulan ini dan mencari dalang di sebalik setiap perancangan aktiviti mereka.

Namun, disebabkan kehandalan dan kelicikan kumpulan itu, mereka sukar ditewaskan sehingga Dylan meminta bantuan Thaddeus (Morgan Freeman), seorang pembongkar teknik silap mata popular.

Mereka percaya, kumpulan itu mempunyai pembantu dari luar. Mereka juga berkeyakinan, penemuan pembantu luar itu akan dapat menamatkan jenayah kumpulan berkenaan.


Penceritaan Now You See Me diakui banyak simpangsiur, yang akan membuatkan penonton tertanya-tanya apakah misi di sebalik setiap pertunjukan mereka?

Tanda-tanya hanya akan dijawab pada penghujung cerita dan pastinya penonton tidak akan dapat meneka dengan mudah, siapakah dalang yang merancang segala pergerakan The Four Horsemen.

Tidak dinafikan, Now You See Me sebuah filem yang menyeronokkan, lebih-lebih lagi dengan helah silap mata yang begitu mencabar minda.

Now You See Me Trailer

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top