Astro Oasis yakin "Pencetus Ummah" bakal menjadi fenomena baru selepas kejayaan tiga musim "Imam Muda".
Pengurus besarnya, Izelan Basar berkata, program bercorak keislaman itu diterbitkan berdasarkan pelbagai kajian mendalam.
Astro Oasis turut mengambil kira maklumbalas penonton dan pandangan pelbagai pihak.
"Kita sedang mencari satu program yang dapat melahiran penceramah yang hebat seperti contohnya Ustaz Ismail Kamus, Azhar Idrus, Ustaz Kazim, Ustaz Asri, Fadilah Kamsah seumpamanya.
“Jadi program ini adalah untuk melahirkan pelapis sebab sudah sampai waktu bahawa program sebegini diminati oleh penonton sekarang. Jadi kita sedang berusaha menerbitkan satu program yang mampu memuaskan hati penonton penonton kita,” kata Izelan.
Izelan ditemui sewaktu sesi ujibakat program realiti pencarian penceramah agama itu yang berlangsung di Kompleks Sri Iman, Jalan Sultan Mohamed di Kuala Terengganu.
Bagi peserta ujibakat, Mohd Hafiz Ahmad Bakhtiar, dia yakin "Pencetus Ummah" bakal mendapat tempat di hati penonton.
Malah, katanya program seumpama itu dilihat mampu mengimbangi pelbagai unsur negatif yang sentiasa menular dalam masyarakat.
"Sekarang kita lihat ada banyak rancangan yang tidak berunsur Islam, tetapi Alhamduliilah Astro Oasis mengadakan satu rancangan seperti ini...Pencetus Dakwah," kata seroang lagi peserta, Mohd Badiozaman Jusoh.
Selepas Terengganu, ujibakat "Pencetus Ummah" bakal berlangsung di Astro Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 15 dan 16 Jun.
https://www.facebook.com/PencetusUmmah

0 ulasan:
Catat Ulasan