Seniwati Latifah Omar, 74 tahun meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kira-kira pukul 6.19 petang.

Allahyarhamah dimasukkan ke HUKM seminggu lalu akibat kanser usus.

"Mak (Latifah) meninggal dunia jam 6.19 petang, jenazah akan dibawa balik ke Keramat (Kuala Lumpur) dan dikebumikan pada esok pagi," katanya .


Allahyarhamah yang berusia 72 tahun dimasukkan ke PPUKM seminggu lalu akibat kanser ulser usus.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al-Khairiah AU3, Taman Keramat di Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11 pagi Isnin.

Seniwati terkenal era Cathay Keris itu sering digandingkan dengan seniman Nordin Ahmad.

Antara filem yang dibintanginya termasuk Bawang Putih Bawang Merah, Hang Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Gurindam Jiwa dan Putus Sudah Kasih Sayang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top