Telefilem Miang Buluh Keladi Birah arahan Bade Hj Azmi memenangi anugerah Telefilem Terbaik di Anugerah Tribute P.Ramlee yang berlangsung di Istana Budaya malam tadi. Bade juga menang anugerah Pengarah Terbaik di malam anugerah yang sama.

Kemenangan itu membolehkan Bade menerima trofi dan RM10,000 setiap kategori. Pelakon utamanya Beto Khusairy dan Sharifah Amani masing-masing memenangi anugerah Pelakon Terbaik. Mereka membawa trofi dan wang tunai RM5,000. Pelakon muda, Hanis Kamal Bakar pula memang kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi telefilem yang sama. Penulis skripnya, Marjan Hananie menang Skrip terbaik.

Turut menang Mislina Mustapha (pelakon pembantu wanita), Bob Fitri (Videografi Terbaik-Di Manakan Ku Cari Ganti) dan Datuk Ahmad Tamimi Siregar (Anugerah Penampilan Khas Istimewa Terbaik-Titian Kasih). Penganjur juga menganugerahkan Datuk Aziz Sattar dan S.Shamsuddin untuk Anugerah Tokoh Lakon Melayu.

Kisah Miang Buluh Keladi Birah bermula apabila Anisah, seorang penulis skrip yang telah kematian suami tujuh tahun lalu berpindah ke kampung halamannya untuk mencari ketenangan jiwa bersama anaknya, Daniel. Di kampung, Anisah berkenalan dengan seorang duda bernama Jalal dan anaknya, Fara.

Masalah bermula apabila Fara dan Daniel selalu bertelingkah manakala perasaan cinta mula menusuk antara Jalal dan Anisah. Ini menimbulkan perasaan tidak puas hati di antara Fara dan Daniel sehingga mereka menggelar Anisah gatal seperti keladi birah dan Jalal gatal seperti miang rebung. Telefilem ini diilhamkan daripada lagu Tanya Sama Hati.

Anugerah tersebut mempertandingkan 10 telefilem terbtan Suhan Mvies yang kesemuanya diilhamkan daripada lagu-lagu Ahhayarham Tan Sri P. Ramlee. Ia sebagai mengagkat lagu-lagu ciptaan Senman Agung itu kembali. Tujuh lagu telefilem yang dipertandingkan ialah Getaran Jiwa arahan Michael Ang, Hanya Kau (Amie Maziah), Jodoh Kita (Ismail Yaakub), Pelamin Di Pusara (Murali abdullah), Selagi Cinta Berzikir (Erma Fatima), Siapa Tipu Siapa (Aziz M. Osman) dan Tunggu Sekejap (Along Kamaluddin).

Kesemua telefilem itu disiarkan di RTM melalui penjenamaan semula slot telefilem mereka. Malam anugerah tersebut diterbitkan oleh RTM dengan kerjasama Kumpulan Utusan dan Suhan Movies. Majalah URTV pula bertindak selaku majalah rasmi.

Pengarah Urusan Suhan Movies, Rosyam Nor menganggap malam anugerah itu sudah mencapai matlamatnya kerana dia mahu seniman dan seniwati lama dikenang dan dikenali olah generasi baru hari ini. Sebab itu mereka membawa seniman dan seniwati melayu lama untuk bersama-sama memeriahkan acara yang menghargai rakan mereka, P. Ramlee.

"Saya tak ada kena mengena dengan penjurian. Malah saya tak nak ambil tahu siapakan pemenangnya sehingga mengetahuinya bila diumumkan di atas pentas. Meeka menang kerana penilaian juri.

"Saya ada tanya juri pasal pemilihan mereka mengangkat telefilem Bade, kata mereka telefilem tersebut mengupaskan isu biasa menjadi sangat menarik dan boleh relate dengan semua orang. Ia sebuah kisah biasa dan nampak bersahaja. Kalau kita lihat filem P. Ramllee sendiri pun ia nampak biasa... sebab itulah kemenangan berpihak kepada Miang Buuh Keladi Birah," kata Rosyam. ~ Manga

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top