Shah Jaszle baru sahaja dituduh berkhalwat di Apartment Sri Subang bersama pasangannya. Tetapi selepas itu Syah telah membuat kenyataan bahawa telah dianiayai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kali ini giliran Dafi AF pula yang berhadapan dengan tuduhan khalwat. Seperti tidak percaya dengan apa yang terjadi Dafi  bagaimanapun mempunyai penjelasan yang tersendiri tentang insiden yang berlaku pada dirinya baru-baru ini di negeri Johor.

Dipetik dari Utusan Malaysia Online, Dafi yang pada ketika itu berada di Batu Pahat, Johor untuk menjalani penggambaran telah ditangkap khalwat kerana dituduh tidur di dalam satu bilik hotel yang sama.


Kira-kira jam 1.00 pagi, Dafi berada di bilik hotel dan telah diserbu oleh empat orang lelaki yang mengakui mereka adalah anggota pencegah maksiat. Mereka meminta izin untuk menggeledah biliknya setelah mendapat aduan dari orang awam yang Dafi bersekedudukan dengan seorang wanita.

Dafi telah memberi kerjasama penuh untuk membenarkan mereka memeriksa bilik hotel mereka kerana percaya dirinya tidak bersalah sama sekali. Bagaimanapun empat lelaki berkenaan beredar dari bilik hotel Dafi selepas tidak mempunyai sebarang bukti yang menunjukkan ada kelibat wanita.

Menyifatkan tuduhan sebegitu sebagai mengarut, Dafi sememangnya mengakui bahawa pembantu peribadinya seorang wanita tetapi mereka hanya berkongsi tingkat hotel yang sama bukannya berkongsi bilik seperti yang disangka .

Kejadian tersebut memberi banyak pengajaran buat Dafi dan dia juga berharap agar masyarakat tidak memberi pandangan negatif terhadap golongan artis kerana pada dasarnya tidak semuanya berperangai begitu.  ~ Astro Gempak

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top