Syura bernazar untuk membawa ibunya, Samsiah Mohamad menunaikan umrah.

Namun, memandangkan keadaan ibunya yang masih belum mengizinkan, Syura akui perlu menanti sehingga kesihatan ibunya pulih.

“Sebelum ini, Syura ada berniat dalam hati nak bawa mak menunaikan umrah kalau menang MCSM ini. Alhamdulillah Syura menang.Menitis air mata mak apabila Syura beritahu Syura juara MCSM, tapi kena tunggu mak pulih. Perancangannya pertengahan hari raya nanti tapi kena tengok keadaan,” katanya.


Syura memenangi wang tunai RM 60,500 yang disumbangkan kepada Badan Kebajikan Kanser Payudara Persekutuan dan dua tiket penerbangan kelas perniagaan ke Paris.

Dalam episod terakhir MCSM itu, Syura ada menyebut tentang berbulan madu sekali lagi.

“Bulan madu yang saya maksudkan adalah untuk menghabiskan masa berkualiti dengan suami, itu saja.

“Sebelum ini, kami ada berbulan madu juga tapi tidaklah sampai ke Paris. Kami ke Disneyland Hong Kong,” katanya.

Namun, Syura akui perlu menunaikan nazar terhadap ibunya terlebih dahulu sebelum ke Paris.

“Saya perlu selesaikan nazar itu dulu dan ke Paris itu tengok keadaan tapi kalau boleh hujung tahun ini,” katanya.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top