Kisah Shah Jaszle ditangkap khalwat bersama seorang wanita dikenali sebagai Farah di sebuah rumah di Subang Jaya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada jam 3.30 pagi cukup sensasi.
Memandang serius mengenai perkara ini, Presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi, melahirkan rasa kecewa dengan masalah yang melanda di kalangan artis.
Menurutnya, perkara sebegini bukan sahaja menjejaskan imej artis Malaysia, malah persatuan juga turut menerima tempias.
"Sebagai pucuk pimpinan persatuan, saya memang kecewa dengan sikap mereka. Namun, apa boleh buat, kita tiada kuasa untuk menghalang perbuatan mereka.
"Untuk kes syariah seperti khalwat dan penceraian, kita tidak ada kuasa untuk campur tangan. Sekiranya mereka terlibat dalam kes sivil seperti dadah, bunuh, rogol dan sebagainya, perlembagaan persatuan akan mengambil tindakan dengan menggantung keahlian sementara.
"Jika mereka didapati bersalah, barulah kita menggugurkan nama mereka sebagai ahli. Namun, dalam kes syariah, mungkin kami hanya akan mengadakan sesi kaunseling dan khidmat nasihat jika diperlukan," katanya.
Dalam kes khalwat melibatkan Shah Jaszle, Zed memberitahu bahawa Shah telah pun berjumpa dengannya. Katanya, Shah telah memberi penjelasan mengenai perkara itu dan berharap agar Seniman memahami situasi yang dialaminya.
"Dalam kes Shah, dia telah pun datang berjumpa saya dan menjelaskan situasi sebenar yang berlaku. Namun, saya tidak dapat membantu kerana semua itu perlu dibuktikan di mahkamah nanti kerana kes ini melibatkan Jais.
"Sekiranya dia didapati tidak bersalah, saya mencadangkannya agar berusaha untuk membersihkan nama daripada terus dilabel sebagai artis bermasalah. Sebagai persatuan, kita tidak boleh mengambil keputusan secara terburu-buru," katanya.
Pun begitu, tegas Zed, walaupun Seniman tidak mengambil tindakan mengenai perkara ini, tidak semestinya golongan artis boleh berbuat sesuka hati. Katanya, artis yang pernah terlibat dalam masalah ini akan dipantau dan diperhatikan dari masa ke semasa.
"Kami tidak akan lepas tangan dalam hal ini. Telah termaktub dalam perundangan persatuan, sekiranya orang yang sama melakukan kesalahan itu, tindakan susulan akan di ambil.
"Contohnya, untuk pertama kali, mungkin dia akan lepas. Jika perkara ini berulang untuk kedua kali, kami akan memantau pergerakannya.
"Jika kali ketiga mereka masih terlibat, kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana ia menunjukkan artis itu memang bermasalah.
"Buat apa kita hendak simpan artis macam ini? Memalukan dan merosakkan industri sahaja!," katanya yang tidak akan berkompromi bagi artis yang sering mencari masalah.

0 ulasan:
Catat Ulasan