Pelakon Bollywood, Jiah Khan yang baru berumur 25 tahun dan pertama kali muncul di layar perak bersama legenda Amitabh Bachchan, membunuh diri di kediamannya.

Menurut laporan berita Times of India, Jiah dipercayai bunuh diri kerana kecewa setelah menghadapi masalah cinta dan kerjaya lakonan yang merudum.

Jiah Khan dibesarkan di London sebelum balik ke India untuk menerjuni kerjaya Bollywood. Mayatnya ditemui anggota keluarga di rumah berkenaan, kata pegawai keselamatan.Polis yang tidak menemui sebarang notis bunuh diri, kini menemubual jiran aktres berkenaan, kata pegawai itu.

“Kami syak dia menggantung diri di rumahnya lewat Isnin lalu, kata pegawai polis. Mayatnya sudah dihantar untuk bedah siasat.

Jiah dilahirkan di New York sebelum pindah ke London dan Mumbai serta mula muncul di layar perak pada 2007 dalam filem Nishabd, memegang watak remaja yang jatuh hati kepada watak Bachchan.


Filem itu tidak mendapat perhatian besar kerana kisahnya dianggap biasa. Tetapi, Jiah dipuji atas lakonannya.

Jiah yang kemudian mengubah nama kepada Nafisa Khan kemudian membintangi filem mendapat box-office iaitu Ghajini bersama Aamir Khan.

Industri filem India memberi reaksi terkejut dan sedih atas berita itu dengan aktres Sonam Kapoor, membuat tweet: ‘Moga dicucuri rahmat Jiah khan. Tragedi besar. Berita mengejutkan. Tiada siapa patut derita dan rasa seperti putus asa. #ripjiahkhan.’

Ketika dihubungi Bachchan mengulas ringkas: ‘Terkejut dan terganggu.’ Filem lakonan terbaru Jiah ialah Housefull, sebuah komedi yang disiarkan dua tahun lalu turut dibintangi Akshay Kumar dan Deepika Padukone. - AFP

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top