Revolution Stage akan mengadakan persembahan teater Sudir Mania bagi menghargai jasa Datuk Sudirman Arshad. Teater ini bakal menyaksikan lagu nyanyian bintang legenda terbabit sebagai naskhah pementasan.

Sinopsis Teater Sudir Mania

Berlatarkan era 80-an, Sudir Mania mengisahkan mengenai beberapa kumpulan remaja dari pinggir bandar yang terlalu meminati Sudirman. Justeru, mereka mahu menjadi seorang daripada penonton Konsert Gergasi Sudirman, yang diadakan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Ramlan, pemuda dari kampung bersama beberapa rakannya nekad mengumpul duit bagi membiayai tambang ke Kuala Lumpur, meskipun tidak diizinkan keluarga masingmasing.

Maya pula anak orang kaya, yang juga akan ke konsert itu, namun ditemani oleh Osman serta kumpulannya bagi menjaga keselamatannya.

Pelbagai halangan dan dugaan dilalui remaja ini dalam persediaan mereka untuk ke konsert Sudirman. Akhirnya mereka berjaya dan melalui malam yang begitu indah, malah Ramlan mula jatuh hati dengan Maya sejak pertemuan di konsert terbabit.

Pada masa yang sama, Basir, Din dan Mael, kumpulan remaja yang tinggal di Chow Kit, berasakan konsert itu satu pencerobohan serta mengganggu aktiviti masing-masing. Lalu mereka cuba mengganggu beberapa penonton di situ.



Sudir Mania dipentaskan di Galeri Seni Morne, Menara MARA, Jalan Tunku Abdul Rahman, bermula 26 sehingga 30 Jun ini, jam 8.30 malam. Pada 29 Jun, dua pementasan diadakan iaitu pada jam 3 petang dan 8.30 malam.

Untuk maklumat lanjut, boleh melayari laman Facebook dan Twitter Revolution Stage, manakala untuk tempahan dan pembelian tiket pula, hubungi talian 017-9823272 atau 010-7603101.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top