Brad Pitt-Angelina Jolie bersedia untuk kahwin
Sejak Angelina Jolie mendedahkan dia menjalani pembedahan membuang kedua-dua payudaranya, anak-anak Pitt-Jolie sudah membuat perubahan.
Imej baru yang disiarkan, menunjukkan aktres berusia 37 tahun itu dan tunangnya, Brad Pitt memulakan pembinaan tambahan di halaman kediaman mereka di Los Feliz.
Penambahan itu mungkin menjadi isyarat kepada majlis perkahwinan yang bakal berlangsung apabila ibu kepada enam anak itu merancang untuk berkahwin dengan Pitt lebih awal daripada dirancang ekoran pembedahan yang dijalaninya.
Angelina memuji tunangnya kerana sangat penyayang dan amat menyokong dan satu sumber memberitahu MailOnline: Angie tidak sabarsabar dengan perkahwinan itu dan anak-anak sibuk bertanya mereka bila perkahwinan akan berlangsung.
Pitt sibuk dengan produksi filem terbarunya World War Z, jadi, tiada rancangan untuk perkahwinan, tetapi Angie berkata, ia akan berlangsung lebih awal daripada yang dirancang.
Mereka memang berhasrat ingin berkahwin, tetapi ketara sekali ia amat penting buat mereka untuk menjadikannya satu acara rasmi.
Pasangan senarai A itu bertunang pada 2011 apabila Pitt melamar dengan cincin berlian AS$500,000 (RM1.5 juta) pada November dan aktor itu berkata, mereka akan berkahwin tidak lama lagi.
Bercakap kepada Cinema Society dalam tayangan perdana filemnya, Killing Them Softly, di New York, Pitt, 48, mengakui: Saya mendapat tekanan daripada anak-anak dan ia sesuatu yang ingin saya lakukan dalam tempoh kehidupan mereka, tetapi saya juga rasa masanya sudah tiba untuk itu.
Sementara dia belum mengesahkan tarikh perkahwinan, Pitt ada mendedahkan apa yang telah difikirkan pasangan itu untuk hari perkahwinan mereka.
Hanya untuk keluarga.
Lakukan yang ringkas. Benar-benar ringkas.
Dan nampaknya memang wajar bahawa kediaman mereka di Los Feliz mungkin menjadi lokasi utama untuk perkahwinan intim itu selepas aktres terbabit menjalani rawatan invasif selama tiga bulan berikutan berdepan dengan 87 peratus kebarangkalian mendapat kanser payudara apabila didiagnosis positif memiliki gen BRCA1.
Rakaman dari udara kediaman pasangan itu di Los Feliz mendedahkan betapa menakjubkan halaman berkenaan.
Hartanah berkeluasan 5,338 kaki persegi itu dibeli Pitt pada harga $1.7 juta (RM5.1 juta) pada 1994 mempunyai sebuah rumah lima bilik, selain beberapa rumah kecil yang dibeli aktor terbabit dan digabungkan sejak dia tinggal di situ beberapa tahun lalu.
Kawasan hartanah itu juga mempunyai beberapa kolam renang bagi menghiburkan anak-anak mereka.

0 ulasan:
Catat Ulasan