Abby Abadi telah mengakhiri zaman jandanya dengan seorang jejaka bernama Farhan,24 sejak 12 hari lalu. Dia telah berkongsi beberapa keping gambar bersama suaminya di laman sosial Instagram. Dapat dilihat sinar bahagia di wajah kedua mempelai ini melalui gambar-gambar tersebut.

Di bawah gambar tersebut turut disertakan sedikit penerangan mengenai perkahwinan terbarunya itu yang dirahsiakan daripada pengetahuan umum.


“Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya. Maaf sebab maklumkan lambat pada kalian… Allah kami dahulukan . insyaallah, majlisnya dalam bulan raya nanti. Lokasi belum pasti. Doakan Ini jodoh… kerana kami saling tidak mengenali satu sama lain. Baru dua minggu kenal, ALLAH tunjukkan jalan kesini..Syukur!!

Pihak media yang menghubungi Memey bagi mewakili suaminya yang juga bekas suami Abby, Norman Hakim memberitahu mereka berdua mendoakan kebahagiaan Abby bersama suami barunya itu.

"Saya dan abang berkongsi kegembiraan dengan apa yang dimiliki Abby sekarang. Kami mendoakan semoga dia bahagia dan jodohnya berkekalan hingga ke akhir hayat. Sekali lagi tahniah untuknya," ujar Memey.

Ditanyakan adakah mereka dimaklumkan akan perkahwinan tersebut, jawab Memey;

"Dia hanya beritahu 'hint' dan akhirnya kami pun maklum akan hal ini."


Gambar Abby Abadi Farhan
Gambar Abby Abadi dan suami
Gambar Abby Abadi Farhan
Gambar Abby Abadi Farhan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top