"Kalau betul saya ingin bertunang atau bernikah, peminat adalah orang pertama saya kongsi kerana mereka adalah tulang belakang kerjaya saya selama ini. Mustahil saya menipu atau sengaja merahsiakan perkara penting macam ini," kata Yana, 29 tahun, ketika ditemui semalam berhubung gosip mengatakan dia bertunang dan merancang bernikah dalam masa terdekat.
Khabar angin itu tersebar selepas gambar Yana bersama seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Haiqal juga anak tokoh korporat tempatan disegani, tersebar mencuba busana berwarna putih di sebuah butik pereka fesyen popular baru-baru ini.
Jelas Yana ia hanya salah faham dan andaian peminat semata-mata.
"Saya ke butik itu mengambil baju tajaan bagi rakaman program MeleTop dan kebetulan kawan saya itu (Haiqal) pun ingin membeli baju rayanya. Tiada kaitan kami ke sana mencuba busana perkahwinan sebaliknya ia hanya kebetulan saja.
"Bagaimanapun saya tidak mahu menipu yang lelaki itu memang kawan saya sejak setahun lebih yang lalu namun status kami masih di tahap berkawan saja. Belum ada apa-apa perkembangan lain apatah lagi ke fasa serius hingga memikirkan soal kahwin.
"Jika ada jodoh dan rezeki, insya-Allah saya kongsi bersama media dan peminat," katanya.
Yana yang bakal muncul dalam filem terbarunya, Adnan Sempit 3 pada Aidilfitri ini bagaimanapun meminta agar gosipnya dengan lelaki seusia dengannya ini tidak lagi dipanjangkan kerana bimbang ia akan mengundang kontroversi lain pula.

0 ulasan:
Catat Ulasan