Komen-komen berbaur negatif yang diterima pelakon dan penyanyi Izzue Islam kerana mengahwini wanita lebih berusia bukan satu masalah baginya.

Apa yang  penting Izzue mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami yang baik dan tidak mahu mempedulikan perkara negatif lain.

"Saya dan isteri ada membaca komen-komen negatif tentang perkahwinan kami tetapi itu bukan masalah besar kerana yang berkahwin itu adalah kami dan paling penting ia mendapat restu keluarga.

"Kami tidak ambil hati pun apa yang orang ingin kata kerana ia adalah kehidupan kami dan Alhamdulillah kami semakin bahagia sejak bergelar suami isteri," katanya.

Izzue dan Nurinafilah Waharudin, 31, yang juga pengurusnya selamat bergelar suami isteri dengan sekali lafaz selepas menyulam cinta selama enam tahun pada 2 Jun lalu.

Izzue Islam dan isteri, Awin
Bagaimanapun tindakan Nurinafilah atau lebih mesra dengan sapaan Awin yang pada mulanya enggan mendedahkan usia sebenarnya telah menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan peminat.

Dalam pada itu, Izzue berkata, dia semakin bahagia dengan perkahwinan tersebut dan mula merasakan perubahan dalam dirinya sebagai seorang lelaki.

Jelas Izzue, semua perkara yang dilakukannya demi membahagiakan isteri berharap keluarga mereka akan bertambah secepat mungkin.

"Alhamdulillah walaupun ada yang mengecam tetapi lebih ramai yang mendoakan kebahagiaan kami berdua dan indah sebenarnya alam perkahwinan ini.

"Pada diri saya sendiri juga banyak perubahan yang saya alami dan berharap rumah tangga kami akan diserikan dengan cahaya mata secepat mungkin," ujarnya.

Bagaimanapun dia dan Awin sudah berjanji akan meluangkan masa untuk berbuka bersama-sama sepanjang bulan Ramadan ini.

"Jika tidak sibuk saya akan balik ke rumah untuk berbuka bersama-sama dan jika mempunyai urusan kami tetap berbuka bersama-sama di restoran atau pun lokasi penggambaran," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
DISCLAIMER: BUZZERA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG KEROSAKAN YANG DI ALAMI PENGGUNA KERANA MENGGUNAKAN MAKLUMAT DALAM LAMAN WEB INI.

Buzzera - Berita Hiburan Malaysia © 2015. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top